Sunday 23 October 2011

tak sangke la...

hey. tak sangke ade orang follow blog ni.
dah la blog tak terurus. ade pulak yng follow.
trimas trimas !!! hehehehehe..


okeh, kembali kepada tujuan asal.
aku dah nak spm ni.
tapi masalahnya, makin nak spm aku makin rasa kosong
aku tertekan betul.
rasa nak marah je orang walaupun dia tak salah.
aku macam nak kan perhatian daripada orang yang dekat dengan aku.
tapi aku tak dapat semua tu.
bercelaru dalam otak ni.


tapi yang best kan,
aku dah jatuh cinta kat add math. hehehehe
rasa macam menyesal sebab benci add math.
ni semua sebab cikgu faridah
dia sabar ajar aku
dia tak pernah marah walaupon aku ni lembap.
cikgu. terima kasih banyak banyak.


tak tahu nak menaip ape lagi.
just nak bagitau rindu dekat hazwani azirah..

Monday 3 October 2011

corat coret

hari ni tak ada apa-apa yang penting terjadi
tadi, kena pindah pergi kelas form 3
kebetulan !  kena pindah dekat kelas lama 3PK3
rindu 'zaman kegemilangan' tu


pagi jumpa adek
bagi kiwi kasut dekat dia
alhamdulillah..
masih dapat tengok senyuman dia
masih dapat bergurau dengan dia
kenangan tu akan terus tersimpan dalam hati
harap dia pon gembira hari ni










ni cerita semalam
semalam pergi jemputan kahwin di benut
ada la sikit gambar yang sempat di'snap' oleh 
jurufoto yang tak bertauliah ni #aku la tu




ini minah. adek bungsu




tengok mamat tu. peace-peace pulak!!





kepenatan sampai tertidur..



macam tu la kerenah bila nak pergi majlis
itu masa nak pergi
masa nak balik jurufoto kepenatan
dia tidur dalam perjalanan balik rumah
hohohohohoo..
nasib baik tak ada orang 'snap' gambar dia tidur

















Saturday 1 October 2011

hari koko terakhir

hari ni, 1/10/2011 hari koko terakhir untuk aku


lepas ni dah tak ada la hari koko kat sekolah menengah


ni bermakna tadi hari koko terakhir yang aku sambut dengan HAZWANI AZIRAH.


kepada awak..
maaf kalau hari koko tadi, akaq layan awak teruk
jujur akaq happy dengan awak tadi
tahun depan akaq dah tak dapat nak luangkan masa dengan awak lagi
mula-mula rasa macam tak ada apa nak buat dengan awak
tapi lepas awak balik, akaq rasa sunyi
tak ada siapa pun nak bebel dekat akaq
tak ada siapa nak dengki akaq
HAZWANI AZIRAH, terima kasih untuk hari koko ni
tapi sayang kan. kita tak dapat karok sama-sama
hahaha! dah tak ada rezeki kan. apa boleh buat
seronok nyanyi dengan awak
nyanyi lagu tanpa mu, aishiteru, hatimu milikku
untuk pengetahuan awak 
akaq kalau dengar lagu tanpa mu
mesti ingat awak
ada la alasan akaq sendiri
akaq ingat nak belikan awak keychain
tapi sampai pukul 2.30 tempat tu masih sesak
maaf tak sempat nak belikan...


harapan akaq, tahun depan akaq masih dapat jumpa awak masa hari koko
nak sangat luangkan masa dengan awak lagi


akaq ni sengalkan?
bila awak ada dekat sebelah akaq, akaq tak hargai
bila awak dah jauh, baru la rasa kehilangan
apa pon awak tetap TERBAIK !! bak kata boboiboy




hahahaha!! 
tengok gambar tu teringat awak buat terbaek..
comel.. dah la suara awak kecik
jangan marah hah
gurau sahaja
awak kan comel  (tiada unsur tipu aw)

apa pun kekurangan awak, akaq belaja terima
sebab akaq pun banyak kekurangan
lagi 1 yang awak perlu tahu
sampai saat ni akaq masih sayang awak budak comel!!