Friday 9 December 2011

macam tu rupanya

okeh.kembali mengarang dalam blog ni.
8/12/2011.
aku mulakan "kerjaya" sebagai operator biasa dekat kilang NAM HENG.
kilang ni tempat mak aku kerja.tak pasal2 dengan aku sekali diangkut masuk kerja dalam kilang tu.huuuhhh.. bermulanya 1 cerita baru dalam hidup aku.


tempat aku kat departman folding.kerjanya memang senang!lipat seluar sahaja... 
TAPI.....kerja ni berdiri.pergh!sakit tak terkata lah kaki aku.dari 8 pagi sampai 6 petang.tapi ada lah rehat.


sejak pegang status sebagai "pekerja sementara",aku dah tahu kenapa orang tua selalu pesan "belajar rajin2.nanti senang".bayangkan lah beza kerja antara pekerja biasa dengan doktor.jauh sangat bezanya.
1) gaji>pekerja biasa gaji sebulan 500.tapi doktor 4000.ketara yang teramat kan?
2) tugas>pekerja biasa kerja macam 'kuli'.tapi doktor tu lah bos.doktor tu lah kuli.untungkn??


sayangnya,aku pon sedar benda ni dah terlambat sangat.lepas spm baru dapat pengalaman ni.insya Allah kalau ada rezki sambung belajar,memang aku nak tebus semuanya balik.tobat tak nak jadi kuli.sakit wooo!! kesimpulannya,DENGAR NASIHAT ORANG TUA & TIADA CIKGU YANG LEBIH BAIK DARI PENGALAMAN




No comments:

Post a Comment